Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Hampir Lepasi Kutipan $10 Billion Dolar Seluruh Dunia!

2019 merupakan tahun yang gemilang buat studio Walt Disney Pictures dipentas box office. Dengan kejayaan semua studio filem yang berbeza – Marvel, Pixar, Walt Disney Animation, dan sebagainya. – Disney semakin hampir melepasi kutipan box office $10 bilion dolar seluruh dunia untuk tahun ini.

Menurut Deadline, kutipan terkini Disney diperingkat global telah mencecah $9.997 billion dolar ($3.28B untuk pasaran domestik / $6.717B untuk pasaran antarabangsa) – rekod baru box office seluruh dunia, mengatasi rekod sebelumnya yang turut dikuasai Disney dengan kutipan sebanyak $7.6 billion dolar pada 2016.

Kutipan ini tidak termasuk kutipan filem-filem terbitan Fox yang kini telah dimiliki Disney selepas pengambilalihan pada tahun ini. Jika diambil kira, Disney telah berjaya mengumpul $11.94 billion dolar seluruh dunia ($3.8B domestik /$8.14B antarabangsa).

Beberapa filem terbitan Disney telah menguasai carta box office 2019, dan menjadi studio pertama yang mana 5 filem terbitan telah mencatatkan kutipan mencecah $1 billion dolar dalam tempoh satu tahun.  Avengers: Endgame ($2.798B), The Lion King ($1.656B), Captain Marvel ($1.130B), Toy Story 4 ($1.074B) dan Aladdin ($1.051B).

Frozen 2 dijangka kan menjadi filem keenam Disney yang mencatatkan kutipan melebihi $1 billiion dolar. Setakat ini, filem keluaran Walt Disney Animation Studios itu telah mengumpul $919.7 juta dolar seluruh dunia.

Dijangkakan, angka kutipan pihak studio akan terus bertambah sebaik sahaja filem Star Wars: The Rise of Skywalker ditayangkan pada 20 Disember ini.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment