Menurut laman Discussing Film, Disney/Fox sedang dalam peringkat awal untuk bangunkan spin off francais Ice Age dan Rio eksklusif untuk Disney+.
Blue Sky Studios akan menjadi syarikat penerbitan untuk spinoffs yang bakal dihasilkan. Studio tersebut sebelum ini telah membangunkan beberapa filem Ice Age dan Rio, serta terlibat dalam beberapa projek filem animasi seperti The Peanuts Movie, Robots, Ferdinand dan filem animasi terbaru, Spies in Disguise yang dibintangi Tom Holland dan Will Smith.
Menurut sumber yang mendedahkan kepada Discussing Film, spinoff Rio akan memberi fokus kepada Nico dan Pedro manakala Ice Age akan memberi fokus kepada Buck.
Watak Nico dan Pedro disuarakan oleh Jamie Foxx dan will.i.am, serta merupakan antara watak proantagonis yang muncul dalam kedua-dua filem Rio. Manakala Buck disuarakan oleh pelakon terkenal British, Simon Pegg dan telah watak tersebut telah membuat kemunculan dalam tiga filem Ice Age iaitu ‘Ice Age: Dawn of the Dinosaurs’, ‘Ice Age: Continental Drift’ dan ‘Ice Age: Collision Course’.
Setakat ini tidak diketahui sama ada aktor-aktor asal akan kembali menyumbangkan suara mereka dalam spin off akan datang.
Disney+ bakal menampilkan beberapa projek animasi seperti Lamp Life, Forky Asks a Question, Monsters at Work yang akan dibangunkan Pixar, siri animasi What If…? yang akan dibangunkan Marvel Studios dan Chip ‘n’ Dale dari Disney.