Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Dilaporkan Tawar Watak Captain Hook Kepada Joaquin Phoenix

Disney dikatakan sedang sibuk merancang untuk menghasilkan filem Peter Pan & Wendy yang diadaptasikan dari animasik klasik mereka yang berjudul Peter Pan. Setakat ini tidak banyak butiran lanjut mengenai perancangan mereka, melainkan beberapa info tidak rasmi yang tersebar di laman-laman web dan media sosial.

Beberapa bulan yang lalu, produksi dikatakan bakal bermula April ini, dan terbaru aktres Birds of Prey, Margot Robbie telah ditawarkan watak ikonik Tinker Bell. Tidak cukup dengan itu, terdapat satu lagi perkhabaran terbaru yang mungkin menarik perhatian para peminat seluruh dunia.

Dilaporkan pihak studio telah menawarkan peranan Captain Hook kepada aktor hebat Joaquin Phoenix. Bagaimanapun, laporan dari sumber The Illuminerdi itu masih lagi dianggap khabar angin kerana tiada sebarang pengumuman dari kedua-dua belah pihak.

Nama Phoenix kembali hangat akhir-akhir ini selepas memainkan peranan Joker dalam filem terbitan DC / Warner Bros., Joker. Lakonannya yang hebat dalam filem Joker telah membawa Phoenix merangkul beberapa anugerah berprestij dan tercalon dalam anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Apapun kita nantikan pengumuman barisan pelakon dari Disney mengenai perancangan filem live action Peter Pan & Wendy. 

Sementara menantikan perkembangan lanjut mengenai filem Peter pan & Wendy, berikan pendapat anda mengenai aktor yang sesuai untuk memainkan peranan ikonik Captain Hook.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment