Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Di Kritik Kerana “Tukar Warna” Pelakon Tambahan Filem Aladdin

Studio Disney dikritik kerana pegawai tertingginya mengaku menukar warna kulit pelakon tambahannya semasa penggambaran filem Aladdin. Menurut laporan Dailymail, pengarah yang, Riaz Meer berkata tindakan ini sebagai ‘menghina seluruh industri’ dan percaya pelakon Asia boleh mengisi kekosongan itu.

Untuk rekod, filem ini sedang menjalani penggambran di Long Cross studios, Surrey dan lokasi tersebut yang terletak 50KM dari Kota London mempunyai lebih 1.1 juta rakyat beretnik India, Pakistan, Bangladesh dan Arab menetap di kawasan itu.

Pihak Disney berkata, mereka terpaksa menggunakan pelakon barat berkulit putih kerana watak pakar aksi, penari dan pengendali unta tidak dapat diisi bagi filem tersebut yang bakal tayangkan pada May tahun hadapan.

Bagaimanapun, Disney berkata versi Aladdin ini merupkan filem yang mempunyai watak pelbagai etnik dengan lebih 400 dari 500 watak tambahan terdiri daripada pelakon beretnik India, Timur tengah, Afrika, Mediterranean dan Asia.

Naomi Scott, pelakon Britain berketurunan India memainkan watak Jasmine manakala pelakon Kanada berkelahiran di Mesir, Mena Massoud memainkan watak utama Aladdin.  Manakala aktor Will Smith pula akan membawa watak Genie dalam filem ini.

Walaupun, Disney tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut, salah seorang pelakon watak tambahan dalam filem itu berkata terdapat lebih ramai pelakon tambahan berkulit putih.

Kaushal Odedra, 32 tahun dilaporkan berkata dia melihat lebih 20 pelakon berkulit putih menunggu giliran mereka di khemah solekan untuk menggelapkan kulit.

Filem Aladdin yang diarahkan Guy Ritchie ini bakal menemui penonton pada 24 May 2019

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee