Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney+ Dedahkan Lakaran Konsep Siri Marvel “Hawkeye”


Disney+ telah mendedahkan lakaran konsep pertama siri live action Marvel Hawkeye, yang memberikan sedikit kepada penonton mengenai kostum Hawkeye lakonan Jeremy Renner dan anak muridnya, Kate Bishop.

Setakat ini, pelakon yang bakal membawakan watak Kate Bishop masih lagi tidak diketahui. Tetapi laporan sebelum ini menyebut, bekas pelakon Bumblebee Hailee Steinfeld sedang dalam rundingan untuk bawakan watak adiwira remaja itu.

Siri Hawkeye akan menyaksikan Jeremy Renner akan kembali membawakan wataknya sebagai Clint Barton dan akan memperkenalkan Kate Bishop dalam Marvel Universe. Mengikut versi komik, Barton telah memberikan gelaran Hawkeye kepada Bishop dan dia akan menjadi salah seorang ahli kepada kumpulan Young Avengers.

Selain Hawkeye, Disney dan Marvel kini sedang membangunkan beberapa rancangan bersiri untuk Disney+ antaranya Falcon and the Winter Soldier, Loki dan WandaVision. 

Hawkeye akan menemui disiarkan di platfrom penstriman video Disney+ pada musim luruh 2021.


https://www.instagram.com/p/B41One1l2Og/?utm_source=ig_web_button_share_sheet


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee