Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Disney Dedah Video ‘Bloopers’ Siri Hit “Hawkeye”

Selepas sirinya berakhir pada minggu lalu, Disney telah mengeluarkan video ‘bloopers’ Hawkeye, yang mempamer beberapa detik lucu di sebalik tabir siri televisyen popular itu. 

Video tersebut – yang juga tersedia untuk di strim di halaman Disney+ Hawkeye – hanya berdurasi tiga minit, tetapi ianya merangkumi keseluruhan siri enam episod dengan pelbagai detik ‘bloopers’ dan rakaman-rakaman lucu para karakter sewaktu penggambaran. Keseluruhan rakaman itu dipersembahkan sebagai tema pembukaan sitkom klasik, lengkat dengan muzik temanya sendiri yang dimainkan di antara setiap ‘blooper.’ Anda boleh tonton video tersebut dibawah:

Dalam Hawkeye, Jeremy Renner mengulangi peranan ikoniknya sebagai Clint Barton, dan memperkenalkan anak didik kegemaran peminat, Kate Bishop, yang dilakonkan oleh calon Oscar Hailee Steinfeld.

“Siri ini berlatarkan di New York City pasca-blip, di mana bekas Avenger Clint Barton aka Hawkeye mempunyai misi yang kelihatan mudah: kembali kepada keluarganya untuk Krismas. Tetapi apabila ancaman dari masa lalunya muncul, Hawkeye dengan berat hati bekerjasama dengan Kate Bishop, seorang pemanah mahir berusia 22 tahun dan peminat terbesarnya, untuk membongkar konspirasi jenayah.”

Hawkeye diketuai oleh ketua penulis Jonathan Igla, dengan Amber Finlayson & Katie Ellwood, aka Bert dan Bertie, dan Rhys Thomas berkhidmat sebagai pengarah.

Strim Hawkeye (2021)

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Leave a Comment