Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Disney+ Dedah Tarikh Tayangan WandaVision

Selepas berbulan berspekluasi mengenai tarikh tayangan, Disney+ akhirnya mengumumkan bahawa, siri Marvel Cinematic Universe WandaVision akan memulakan tayangan perdananya pada 15 Januari tahun hadapan. Anda boleh lihat teaser dibawah. 

Berlatarbelakangkan era 1950an, WandaVision akan berkisarkan kehidupan dua karakter adiwira MCU, Scarlett Witch dan Vision. Siri ini mengabungkan gaya sitkom klasik dengan Marvel Cinematic Universe dimana Wanda Maximoff dan Vision – dua adiwira yang menjalani kehidupan di pinggir bandar yang ideal – mula mengesyaki bahawa semuanya tidak seperti yang disangka.

Elizabeth Olsen (Avengers: Endgame) dan Paul Bettany (Avengers: Infinity War) kembali memainkan peranan mereka  sebagai Wanda dan Vision. Mereka disertai Teyonah Parris (Mad Men) yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau serta Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse) sebagai jiran Wanda yang bising.

Jac Schaeffer bertindak sebagai penerbit, showrunner dan ketua barisan kreatif siri ini, manakala Matt Shakman sebagai pengarah.

 

Related posts

Disney+ Bakal Terbitkan Siri Musikal “Beauty and the Beast”

Kakimuvee

THE COUNTDOWN BEGINS AS GLOBAL RICK AND MORTY DAY BLASTS THE MULTIVERSE

Kakimuvee

NEW HBO ASIA ORIGINAL SERIES TRINITY OF SHADOWS PREMIERES 13 JUNE

Isqandar

Musim Ke-2 “Never Have I Ever” Akan Kembali Pada 15 Julai 2021

Kakimuvee

FINAL EIGHT EPISODES OF HBO’S IN TREATMENT SEASON 4 TO PREMIERE EARLY EXCLUSIVELY ON HBO GO

Kakimuvee

Emmy Award-Winning Hit – RICK AND MORTY Season 5 – Premieres Exclusively on HBO GO

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating