
Disney telah mendedahkan poster terbaru siri animasi Star Wars: The Bad Batch yang menawarkan kepada peminat pandangan terbaru karakter-karakter dalam siri akan datang. Star Wars: The Bad Batch akan ditayangkan di platform streaming Disney+ pada 4 Mei 2021. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.
Star Wars: The Bad Batch mengikuti klon elit dan eksperimental Bad Batch (pertama kali diperkenalkan dalam The Clone Wars) ketika mereka memulakan perjalanan di galaksi yang berubah dengan cepat selepas ‘Clone War’.
Anggota Bad Batch – skuad klon unik yang berbeza secara genetik dari saudara mereka dalam Tentera Clone – masing-masing memiliki kemahiran luar biasa yang menjadikan mereka tentera yang sangat berkesan dan kru yang hebat.
Siri animasi ini diterbitkan oleh Dave Filoni (The Mandalorian, Star Wars: The Clone Wars), Athena Portillo (Star Wars: The Clone Wars, Star Wars Rebel), Brad Rau (Star Wars Rebeles, Star Wars Resistance) dan Jennifer Corbett (Star Wars Resistance, NCIS). Brad Rau turut menjadi pengarah penyelia dengan Jennifer Corbett sebagai ketua penulis.
