Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaStreaming

Disney+ Dedah Poster Siri ‘Percy Jackson and the Olympians ‘


Poster rasmi pertama siri adaptasi Disney+ Percy Jackson and the Olympians telah didedahkan, mengusik penggembaraan fantasi yang bakal dipaparkan dalam siri tersebut. 

Poster tersebut menampilkan bendera Camp Hamp Blood, lokasi tersembunyi di Long Island dimana Demigod menjalani latihan sebelum menjadi wira. 

Percy Jackson and the Olympians Musim 1 kini dijangka ditayangkan pada 2024 dengan lapan episod. Sebelum mogok penulis bermula, pengarang dan penerbit eksekutif Rick Riordan telah mengesahkan bahawa mereka telah pun memulakan kerja-kerja untuk Musim 2 walaupun belum menerima pesanan pembaharuan rasmi dari Disney.

“Siri aksi langsung mengisahkan kisah fantastik tentang dewa moden berusia 12 tahun yang terkenal, Percy Jackson, yang baru menerima kuasa ghaibnya yang baru ditemui apabila dewa langit Zeus menuduhnya mencuri petirnya,” menurut sinopsis.

“Kini Percy mesti mengembara ke seluruh Amerika untuk mencarinya dan memulihkan keadaan Olympus.”


Siri Percy Jackson and the Olympians akan dibintangi oleh Walker Scobell sebagai watak utama Percy Jackson, Leah Sava Jeffries sebagai Annabeth Chase, Aryan Simhadri sebagai Grover Underwood, Dior Goodjohn sebagai Clarisse La Rue, Charlie Bushnell sebagai Luke Castellan, Virginia Kull sebagai Sally Jackson, Glynn Turman sebagai Chiron, Megan Mullally sebagai Mr. Dodds, Olivea Morton sebagai Nancy Bobofit, dan Timm Sharp sebagai Gabe Ugliano.

Siri ini diarahkan oleh James Bobin berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Rick Riordan dan Jon Steinberg, berdasarkan siri buku Camp Half-Blood Chronicles karya Riordan.


Related posts

Siri Psikothriller Jepun “GANNIBAL” Disambung Untuk Musim Ke-2

Kakimuvee

Teaser Trailer Percy Jackson and The Olympians Pratonton Adaptasi Terbaru Disney+

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Anime Yang Dinantikan “TOKYO REVENGERS: TENJIKU ARC” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 4 Oktober Ini

Kakimuvee

Penerbit Sahkan Skrip Musim 2 One Piece Telah Siap

Kakimuvee

Zachary Levi Menggantikan Tempat Mel Gibson Dalam Chicken Run: Dawn of the Nugget, Tonton Trailer Pertama Disini

Kakimuvee