Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Disney+ Dedah Poster Pertama “Loki”

Dengan tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum ditayangkan di platfrom streaming, Disney+ telah mendedahkan ‘key art’ pertama siri ketiga Marvel Cinematic Universe, “Loki” yang menampilkan pelakon utama Tom Hiddleston. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah. 

Pemenang Golden Globe Tom Hiddleston kembali memainkan peranan kegemaran peminat Loki dalam siri akan datang. Penjahat Marvel itu kali terakhir dilihat dalam filem “Avengers: Endgame”, dimana dia akhirnya berjaya mencuri Tesseract selepas Iron Man dan Ant-Man gagal dalam misi mereka. 

Menyertai Hiddleston adalah pendatang baru Sophia Di Martino (Yesterday, Flowers, Into the Badlands), calon Oscar Owen Wilson (The Royal Tenenbaums), Gugu Mbatha-Raw (Black Mirror, San Junipero), Cailey Fleming (The Walking Dead), dan Richard E. Grant (Can You Ever Forgive Me?). Di Martino dikhabarkan akan membawa peranan Lady Loki.

Kevin Feige sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Loki” dan siri yang diterajui Elizabeth Olsen dan Paul Bettany, “WandaVision” akan berkait dengan filem sekuel “Doctor Strange in the Multiverse of Madness“. Bagaimanapun Feige tidak mengesahkan sama ada Hiddleston akan muncul atau tidak dalam sekuel “Doctor Strange” itu. 

Penulis “Rick and Morty” Michael Waldron menulis lakonlayar siri ini, manakala Kate Herron menjadi pengarah. Hiddleston telah mengoda peminat dengan berkata penonton akan melihat karakternya menggunakan Tesseract untuk menimbulkan lebih banyak kekacauan. 

Berdasarkan khabar angin, penonton akan mengikuti perjalanan Loki dalam penggembaraan masa dan dia akan meninggalkan tanda pada peristiwa bersejarah. Tambaha pula, siri akan memberi kesan besar pada MCU.

“Loki” dijangka tayang pada musim bunga 2021.

Related posts

ADVENTURE SERIES RUNNING WILD WITH BEAR GRYLLS RETURNS FOR A SIXTH SEASON ON NATIONAL GEOGRAPHIC

Zulaikha

HBO’s sketch comedy series A Black Lady Sketch Show returns 24 April exclusively on HBO GO

Isqandar

Shadow and Bone 10: Everything you need to know before traveling to the Grishaverse on 23 April

Kakimuvee

Siri “The Lord of the Rings” Menjadi Rancangan TV Paling Mahal Yang Pernah Dibuat … Hanya Untuk Satu Musim

Kakimuvee

Pandangan Pertama Bennet, Cameron & Perrault Sebagai Powerpuff Girl

Kakimuvee

Cartoon Network Bawa Pengembaraan Galaksi Luar Biasa Dalam Siri Baharu Elliott From Earth

Kakimuvee