
Walt Disney Animation Studios telah melancarkan penampilan pertama pahlawan Raya dan Tuk Tuk yang dipercayainya, dari filem terbaru Raya and the Last Dragon.
Bintang Star Wars: The Last Jedi, Kelly Marie Tran akan menyuarakan watak utama, Raya, dan akan bergandingan dengan penyanyi Awkwafina sebagai suara naga, Sisu.
Raya and the Last Dragon merupakan filem epik fantasi penggembaraan dengan tema Asia Tenggara. Filem tersebut akan ditetapkan disebuah alam yang dipanggil Lumandra, iaitu sebuah tamadun purba. Lima puak telah membentuk tanah naga dan Raya telah dipilih untuk mencari naga yang terakhir
Don Hall dan Carloz Lopez Estrada mengarah filem ini bersama-sama Paul Briggs dan John Ripa sebagai pengarah bersama. Lakonlayar ditylis oleh Qui Nguyen dan Adele Lim, dan diterbitkan Osnat Shurer dan Peter Del.
Walt Disney Animation Studios menetapkan tarikh tayangan Raya and the Last Dragon pada 11 Mac 2021.
