Berita

Disney Buang Perkataan "FOX" Pada 20th Century Fox & Fox Searchlight

Views

Divisyen penerbitan filem 20th Century Fox & Fox Searchlight kini dikenali dengan nama baru iaitu 20th Century Studios dan Searchlight Pictures selepas syarikat induk Disney membuat keputusan untuk membuang perkataan "Fox" pada dua nama anak syarikatnya itu.

Elemen asas pada logo termasuklah lampu dan musik pembukaan masih lagi dikekalkan apabila 20th Century Studios membuat debut pertama menerusi filem Call of the Wild. 

Buat masa ini tiada keputusan dibuat untuk menjenamakan semula divisyen 20th Century Fox Televisyen dan Fox 21 Televisyen Studios, tetapi perbincangan mengenainya sedang berjalan. Menurut sumber, penjenamaan semula terpaksa dibuat bagi menjarakkan Disney dengan jenama yang dikawal Lachlan Murdoch seperti Fox News dan rangkaian siaran Fox.

Penjenamaan ini turut menamatkan identiti jenama yang telah berusia 84 tahun. Jenama 20th Century Fox wujud selepas syarikat penerbitan milik Joseph Schenck dan Darry F. Zanuck, Twentieth Century Pictures bergabung dengan syarikat penerbitan milik Sidney Kent, Fox Film. Pada tahun 1994, Tom Rothman menubuhkan divisyen Fox Searchlight untuk menerbitkan filem-filem 'independent'.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks