Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Berkemungkinan Tunda Tarikh Tayangan Black Widow


Menurut Variety, Disney mungkin akan menunda tarikh tayangan filem terbaru MCU, Black Widowdari 6 November kje tarikh yang akan diumumkan kelak. Selain itu juga, pihak studio turut mempertimbangkan untuk menayangkan terus filem animasi Soul ke Disney+.  Filem animasi terbaru Pixar itu dijadualkan tayangan pada 20 November ini. 

Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland manakala skrip ditulis oleh Jac Schaeffer dan Ned Benson. Filem terbaru Marvel Cinematic Universe ini dibintangi oleh Scarlett Johansson yang meneruskan wataknya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow. Dia turut dibantu pelakon Florence Pugh sebagai Yelena Belova, David Harbour sebagai Alexei Shostakov serta Rachel Weisz.

Plot filem buat masa ini masih lagi tidak diketahui, tetapi Black Widow akan ditetapkan selepas peristiwa Captain America: Civil War.

Filem animasi Soul akan membawa penonton mengembara dari jalan raya di Kota New York ke alam kosmik untuk mencari jawapan kepada persoalan yang sangat penting.

Pemenang Oscar Jamie Foxx akan memainkan peranan sebagai guru muzik sekolah menengah yang mempunyai impian untuk bermain  musik di The Blue Note, kelab jazz legenda di Kota New York. Selepas tersalah langkah dan memasuki lubang pembentung, Joe mendapati rohnya berada di alam lain – dan di perlu melakukan beberapa tugasan sebelum roh kembali ke badannya dan seterusnya bermain musik di kelab impiannya.


Filem arahan Peter Docter ini turut disuarakan Daveed Diggs, Questlove, dan Phylicia Rashad.


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee