Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Beri Syarat Ketat Kepada Panggung Wayang Jika Mahu Tayangkan Filem Star Wars: The Last Jedi

Disney yang dianggap syarikat pengedar filem terbesar Hollywood telah menggunakan ‘kekuatan’ mereka terhadap panggung-panggung wayang di Amerika dengan memberikan syarat yang begitu ketat jika pengusaha panggung wayang ingin menayangkan filem terbaru edaran Disney akan datang, Star Wars: The Last Jedi. 

Menurut laporan  Wall Street Journal, antara syarat yang diberikan oleh Disney terhadap pengusaha panggung wayang adalah Disney akan mengambil 65% hasil kutipan tiket semasa tayangan filem The Last Jedi serta mengarahkan pihak panggung wayang menayangkan filem Star Wars: The Last Jedi di dewan atau hall mereka yang paling besar selama empat minggu berturut-turut mulai tarikh pertama tayangan filem tersebut.

Terdapat juga syarat-syarat ketat yang lain, tetapi ianya dirahsiakan dari pihak umum. Selain itu juga, laporan tersebut menyebut, jika sesebuah panggung wayang tersebut melanggar syarat-syarat yang diberikan oleh Disney, mereka akan dikenakan penalti dimana tambahan 5% jualan tiket akan diberikan kepada DIsney, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 70% – pulangan yang cukup besar kepada pihak Disney.

Bagaimanapun, syarat ini digunapakai sekiranya filem Star Wars: The Last Jedi berjaya mengaut kutipan tiket melebihi $500 juta untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada – yang mana kutipan tersebut pasti akan dapat dicapai. Filem sebelum ini, Star Wars: A Force Awakens berjaya mengaut $936 juta untuk pasaran domestik (utara Amerika) manakala Rouge One: A Star Wars Story pula berjaya mengutip $523 juta.

Syarat ketat ini telah memeningkan pengusaha-pengusaha panggung wayang kerana Star Wars: The Last Jedi pasti berjaya melepasi angka $500 juta lebih-lebih lagi filem ini ditayangkan semasa musim cuti.

Selain itu juga, filem-filem seperti Jumanji: Welcome to the JungleThe Greatest Showman dan Pitch Perfect 3 akan ditayangkan beberapa minggu selepas filem Star Wars, ia akan menyebabkan pengusaha panggung wayang pening kepala kerana filem-filem tersebut tidak dibenarkan ditayangkan dalam dewan-dewan utama.

Dengan syarat ketat yang diberikan oleh Disney ini pasti menyukarkan pengusaha panggung wayang untuk mengaut keuntungan besar lebih-lebih lagi filem Star Wars merupakan filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat.

Star Wars: The Last Jedi akan ditayangkan pada 15 Disember 2017

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment