Berita

Disney Bergelut Untuk Teruskan BLACK PANTHER Selepas Kematian Chadwick Boseman.

Views

Pemergian Chadwick Boseman secara tiba-tiba masih sukar untuk diterima ramai peminat dan memberi kejutan besar kepada komuniti Hollywood. Rakan-rakan Boseman di Marvel Studios paling terkesan dengan berita sedih itu, kerana mereka tidak mengentahui bahawa mendiang merahsiakan penyakit kanser usus selama 4 tahun.

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, mendiang yang menjadi kurus dalam beberapa bulan terakhir, yakin bahawa dia dapat menewaskan barah yang dihidapinya, dan dapat menambah berat badannya sebagai persiapan untuk sekuel Black Panther yang dijadualkan produksi pada Mac. Malah pelakon itu juga turut melakukan persiapan untuk filem terbarunya pada bulan September.

Keyakinan pelakon berusia 43 tahun itu menjelaskan sebab kenapa dia merahsiakan penyakitnya dari pengentahuan orang luar selain keluarga terdekatnya. Bos Marvel, Kevin Feige hanya mengentahui tentang masalah kesihatan Boseman melalui e-mel pada malam dia meninggal dunia.

Pihak studio kini bersedih dengan kehilangan orang yang disayangi, dan dalam masa yang sama menghadapi realiti untuk teruskan francais Black Panther tanpa bintangnya. Tambahan pula, pemergian Boseman memberi kesan pada dunia filem Marvel, memandangkan watak Black Panther bersedia untuk muncul dalam filem-filem lain yang saling berkaitan, seperti yang telah dilakukan Boseman pada tahun 2016 menerusi Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame.

Menurut laporan THR lagi, fokus Disney pada tahap ini hanyalah untuk memberi penghormatan kepada mendiang, dan bukan pada pembuatan sekuel Black Panther. 

Terdapat beberapa pilihan terbuka untuk Marvel setelah mereka bersedia untuk meneruskan masa depan francais, tetapi mereka harus membuat keputusan dengan hati-hati supaya tidak menimbulkan kontroversi dikalangan peminat, dan dalam masa yang sama dapat menghormati mendiang. 

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares