Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Disney+ Bangunkan Siri “Moana”

Siri animasi popular Moana bakal mendapat siri televisyennya sendiri!

Menurut laporan ComingSoon, Disney+ kini sedang membangunkan siri animasi yang berdasarkan dari filem Moana. Siri muzikal akan datang bakal mengikuti penggembaraan bersemangat watak utama ketika dia menjelajah jauh ke luatan luas.

Moana, yang ditayangkan pada bulan November 2016, mengisahkan anak perempuan kepada seorang ketua sebuah kampung Polinesia, yang dipilih oleh lautan untuk menyatukan kembali peninggalan mistik dengan dewi Te Fiti.

Tetapi, apabila terjadi serangan di pulau tempat tinggalnya, dia berlayar keluar mencari Maui, seorang demigod legenda, dengan harapan dapat mengembalikan peninggalan itu kepada Te Fiti dan menyelamatkan rakyatnya.

Moana diarahkan oleh John Musker dan Ron Clement berdasarkan skrip yang ditulis oleh Jared Bush. Bintang All Together Now, Auliʻi Cravalho memainkan watak utama disamping Dwayne Johnson sebagai Maui.

Filem animasi tersebut berjaya mengutip lebih $690 juta dolar dengan kos pembikinan sebanyak $175 juta dolar. Ia menerima kritikan positif dan berjaya menambat hati peminat, serta dicalonkan dalam anugerah Oscar menerusi kategori ‘Best Animated Feature’ dan ‘Best Original Song’.

Buat masa ini, butiran lanjut mengenai siri akan datang masih belum diketahui. Moana, The Series akan ditayangkan di platform streaming Disney+ pada tahun 2023.

Related posts

Mortal Kombat Dedah Gambar Pertama & Sinopsis Rasmi

Isqandar

Buku Komik Batman #1 Dijual Dengan Harga $2.2 Juta!

Isqandar

Ethan Hawke Bawa Watak ‘Villain’ Dalam Siri Disney+ “Moon Knight”

Kakimuvee

Kantemir Balagov Arah Episod Pertama Siri “The Last of Us”

Kakimuvee

Tarikh Tayangan “Godzilla vs Kong” Diawalkan Dua Bulan

Kakimuvee

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Leave a Comment