Siri TV

Disney+ Bangunkan Siri Adaptasi Novel PERCY JACKSON

Views

Selepas dua kali diangkat ke layar perak, dan mendapat maklumbalas memuaskan dari peminat, francais novel Percy Jackson karya Rick Riordan sekali lagi diberi peluang untuk diadaptasi. Kali ini novel tersebut akan diangkat ke skrin televisyen sebagai sebuah rancangan bersiri.

Riordan mengumumkan perancangan siri Percy Jackson menerusi sebuah video yang dimuatnaik dilaman Twitter miliknya. Siri terbaru ini akan disiarkan di portal penstrian video Disney+.

Anda boleh saksikan video pengumuman dibawah.

Novel Percy Jackson bermula pada tahun 2005 menerusi novel The Lightning Thief. Novel pertama pantas menjadi hit dikalangan pembaca, dan mendorong kepada empat novel sekuel berjudul The Sea of Monsters, The Titan's Curse, The Battle of the Labyrinth dan The Last Olympian, berserta empat buku tambahan serta novel grafik.

Novel pertama telah diangkat ke layar perak pada tahun 2010 dan dibintangi Chris Columbus dan Logan Lerman sebagai pelakon utama. The Lightning Thief mendapat ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan penonton, namun sukses dari segi box office apabila berjaya mengutip $226 juta seluruh dunia berbanding kos produksi sebanyak $95 juta.

Sekuel The Sea of Monsters menemui penonton pada 2013, dan menyaksikan Lerman kembali mengalas watak utama bersama-sama Alexandra Daddario serta Brandon T. Jackson. Seperti filem pertama, filem ini turut mendapat respon bercampur-campur, tetapi masih lagi hit di pentas box office dengan kutipan sebanyak $200 juta dolar berbanding kos pembikinan sebanyak $90 juta.

Filem ketiga The Titan's Curse kemudiannya dirancang, tetapi terpaksa dibatalkan selepas tertangguh dalam tempoh yang agak lama.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks