Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Disney+ Bakal Terbitkan Siri Musikal “Beauty and the Beast”

Siri musikal Beauty and the Beast kini sedang menuju ke Disney+!

Menurut Comingsoon.net, siri lapan-episod itu akan menjadi prekuel kepada filem live-action berjudul sama yang telah ditayangkan pada 2017. Pelakon Luke Evans (The Alienist) dan Josh Gad (Frozen 2) akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Gaston dan LeFou. Selain itu juga, siri akan datang bakal memperkenalkan Briana Middleton (The Tender Bar) sebagai Tilly, saudara tiri Louie.

Josh Gad bersama-sama Edward Kitsis dan Adam Horowitz (Once Upon a Time) akan menjadi showrunner serta penerbit eksekutif dan penulis lakon layar. Projek ini turut disertai calon Tony Award, Liesl Tommy (Eclipsed) yang akan menjadi penerbit eksekutif dan mengarahkan episod pertama. Penggambaran dijangka bermula pada musim bunga 2022. 

Berikut adalah sinopsis yang dikeluarkan Disney:

“Set in the iconic kingdom of Beauty and the Beast years before the Beast and Belle’s epic romance, the series will follow Gaston and LeFou as they set off with LeFou’s step-sister, Tilly, after a surprising revelation from her past comes to light, sending the unlikely trio off on an unexpected journey filled with romance, comedy, and adventure,”

“While the mysteries of the past are uncovered and the dangers of the present grow, old friends and new enemies reveal that this familiar kingdom harbors many secrets.”

Related posts

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Tarikh Tayangan Siri Disney+ “Hawkeye” Telah Ditetapkan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Jacob Anderson Sertai Siri 13 Doctor Who

Kakimuvee

Leave a Comment