Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Bakal Hasilkan ‘Live Action’ Pocahontas


Selepas filem Aladdin, The Lion King, The Little Mermaid dan Mulan, Disney dilaporkan sedang membangunkan satu lagi filem ‘live action’ adaptasi dari filem animasi Pocahontas yang diterbitkan pada tahun 1995.

Disney juga dikatakan cuba untuk elakkan kontroversi dengan mencari pelakon berketurunan Native American untuk bawakan watak utama Pocahontas sepertimana yang dilakukan pasukan produksi filem ‘live action’ Mulan. 

Filem live action Pocahontas kini masih diperingkat awal dan maklumat lanjut mengenai filem ini mungkin tidak akan didedahkan dalam masa terdekat. Bagaimanapun terdapat laporan menyebut, Pocahontas akan menekankan ketepatan dari segi sejarah terutamanya sejarah mengenai Pocahontas dan mungkin akan melibatkan komuniti masyarakat Native American dalam proses pembikinan filem ini.

Animasi Pocahontas yang diterbitkan pada tahun 1995 menerima kritikan bercampur-campur dari para pengkritik. Walaupun begitu, ia tidak menghalang filem animasi ini untuk dapat kutipan memberangsangkan apabila berjaya meraih $346 juta seluruh dunia berbanding modal pembikinan sebanyak $55 juta.

Kepada peminat-peminat animasi Pocahontas, agak aktres Hollywood manakah yang sesuai melakonkan watak utama filem ‘live action’ akan datang?


Sumber: Wegotthiscovered.com


Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee