Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Disney Akan Memberi Keutamaan Terhadap Francais Avatar & Planet Of The Apes


Dalam pembentangan Pendapatan Suku Tahunan kepada pemegang saham, Disney mendedahkan bahawa ia mencatatkan kerugian operasi sebanyak $ 170 juta semasa suku ketiga fiskalnya kerana pengambilalihan Fox, dan mereka juga turut menamakan filem X-Men: Dark Pheonix sebagai faktor utama kerugian yang dicatatkan oleh pihak syarikat.

Sehubungan dengan itu, pihak Disney dilaporkan akan memberi fokus kepada harta intelek yang telah diwujudkan seperti Avatar dan Planet of the Apes. 

Seperti yang peminat tahu, James Cameron kini sedang bekerja keras untuk menghasilkan filem sekuel Avatar. Cuma buat pertama kalinya, boss Disney Bob Iger telah berjanji bahawa francais Planet of the Apes akan kembali dihidupkan selepas trilogi filem tersebut ditamatkan menerusi filem War for the Planet of the Apes.

Menurut Iger, Disney akan membawa Fox kearah yang baru, dengan semua perkembangan terbaru akan memberi fokus kepada francais-francais yang terpilih. Sebelum penggabungan, Fox berjanji bahawa lebih banyak filem-filem Alien dan Maze Runner akan dihasilkan, bagaimanapun selepas penggabungan, perancangan untuk hasilkan filem-filem tersebut kini terletak ditangan Disney

Jadi kepada peminat-peminat francais, Planet of the Apes, apa pendapat anda melihat usaha Disney mahu mewujudkan kembali francais tersebut. Kongsikan pendapat anda.



Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee