Berita

Disney+ Akan Hasil Reboot “Honey I Shrunk the Kids”, Pengarah Asal Bakal Kembali

Views

Menurut Variety, Joe Johnston yang mengarahkan filem klasik sci-fi, Honey I Shrunk the Kids dilaporkan sedang dalam rundingan untuk mengetuai projek pembikinan filem reboot berjudul sama yang bakal ditayangkan diplatform penstriman Disney+.

Filem tersebut akan dibintangi bintang filem animasi Frozen, Josh Gad yang memainkan peranan sebagai anak kepada karakter Wayne Szalinski lakonan Rick Moranis.

Reboot Honey, I Shrunk the Kids akan ditetapkan tiga dekad selepas filem pertama, dan memberi fokus kepada Nick Szalinski dimana dia mengulangi kesilapan ayahnya dengan secara tidak sengaja mengecilkan anak-anaknya. Dia kemudiannya perlu mencari jalan untuk memperbaiki masalah tersebut.

Joe Johnston merupakan pengarah untuk filem Jumanji lakonan Robin Willaims dan Oktober Sky lakonan Jake Gyllenhaal. Namanya juga dikreditkan dalam beberapa filem termasuklah Jurassic Park II, Captain America: The First Avenger dan The Nutcracker and the Four Realms. 

Filem pertama yang diterbitkan pada 1989 dibintangi Rick Moranis (Ghostbuster) yang memainkan peranan sebagai saintis dan pencipta yang bijak tetapi cuai, Wayne Szalinksi. Dalam filem tersebut, dia telah mencipta alat yang mampu mengecilkan benda. Setelah beberapa kali gagal dan berputus asa terhadap projeknya itu, berlaku kemalangan pelik dimana ia tidak sengaja mengecilkan dua anaknya iaitu Amy dan Nick serta anak jirannya iaitu Russ dan Ron. Wayne kemudiannya perlu mencari jalan untuk memperbaiki alat ciptaannya itu dan dalam masa yang sama mencari kanak-kanak yang sesat dibelakang halaman rumahnya.

Selepas menerima respon positif dan sukses dipentas box office, filem kedua berjudul Honey, I Blew Up the Kid telah dihasilkan diikuti filem video berjudul Honey, We Shrunk Ourselves. Bagaimanapun kedua-dua filem sekuel itu tidak berjaya seperti filem pertama.

BACA:  TROLLS WORLD TOUR Isi Kekosongan Yang Ditinggalkan NO TIME TO DIE

Setakat ini, tarikh siaran filem reboot ini masih lagi belum diumumkan.

Tinggalkan Balasan

shares