Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

DISKUSI BERANI DAN SENSASI ISU TABU DALAM ‘BORAK KELAMIN’

Perkongsian kisah benar dan kupasan komprehensif oleh pakar berkaitan topik rumah tangga bersama hos Awal Ashari & Elly Mazlein di Astro Ria

Program Borak Kelamin’ ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 buah episod.

Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ‘Borak Kelamin’ bakal mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.

Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan istimewa yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khas untuk berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau bekas pasangan secara terbuka dan profesional.

Program ‘Borak Kelamin’ akan berdurasi selama 60 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam mulai 1 Mac 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

 

Related posts

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar

iQiyi Bergabung Tenaga Bersama FINAS Dalam Kempen Anti Cetak Rompak #JanganTontonHaram

Zulaikha