Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dikatakan Mengidap Kanser, Adi Putra Kecewa Di Fitnah

adi putra 1
sumber: stcommunities.straitstimes.com

PELAKON Adi Putra terkejut khabar angin yang didedahkan oleh beberapa blog kononnya dia ditahan di hospital akibat penyakit kanser sehingga berita itu menjadi viral di laman sosial.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 34, berkata, laporan tersebut tidak sepatutnya dipaparkan sedemikian semata-mata mahu mendapatkan rating tinggi sedangkan dia masih sihat daripada sebarang penyakit.

“Saya terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan rating blog.

“Bagaimanapun saya tidak mahu mengambil serius terhadap laporan tersebut memandangkan ia sering terjadi kepada mana-mana selebriti.

Pada malam Khamis lalu, sebuah artikel kononnya Adi Putra dimasukkan ke hospital akibat penyakit kanser menjadi viral di beberapa media sosial.

Perkara itu membuatkan Adi memuat naik paparan skrin artikel berkenaan di akaun Instagram miliknya sambil meluahkan rasa terkilan terhadap berita yang tersebar itu.

Adi Putra

Sementara itu, Adi berkata, berita tersebut mungkin boleh mengelirukan orang ramai sedangkan dia baru sahaja dilantik sebagai penaung Pertubuhan Kebajikan ‘Johor I Care’ negeri Johor.

“Risau juga orang keliru, tetapi saya ambil perkara ini lebih positif untuk menyebarkan informasi mengenai kesedaran penyakit kanser.

“Penghidap kanser memerlukan sokongan orang sekeliling terutama keluarga. Mereka bukan saja memerlukan kekuatan dalaman untuk sembuh, malah perhatian daripada senya pihak,” ujarnya.

“Alhamdulillah, saya masih lagi sihat walafiat, saya ampunkan orang yang membuat fitnah,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Sumber: mStar Online

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment