Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dikaitkan Dengan Watak Wolverine, Daniel Radcliffe Nafi Khabar Angin Peminat


Sepanjang karier lakonannya, Daniel Radcliffe telah memainkan watak legenda dalam francais Harry Potter,Ā dan kini, dia dikaitkan pula dengan satu lagi watak kegemaran peminat, iaitu sebagai Wolverine.Ā 

Seperti yang anda tahu, Wolverine akan kembali ke layar perak dengan menyertai dunia adiwira MCU tidak lama lagi, cuma masa dan siapa yang akan melakonkan watak itu buat masa ini masih belum diketahui. Banyak pelakon telah dikaitkan dengan watak ikonik yang sebelum ini dipegang Hugh Jackman, dan Radcliffe antara yang disebut-sebut peminat.Ā Ā 

Namun, bintang Harry Potter itu menafikan segala khabar angin dan spekulasi yang mengaitkannya dengan watak Wolverine.

“Saya kerap ditanya mengenainya dan saya sentiasa berkata, ‘Tidak, ia tidak berlaku, ia hanya khabar angin di Twitter,”Ā kata Radcliffe dalam program televisyen Good Morning Britain (via Variety)

“Tetapi mereka menganggapnya sebagai pengesahan. Ia hanya teori peminat buat masa ini, tetapi saya mengalu-alukan perbandingan itu. Maksud saya, siapa tidak yang tidak mahu dibandingkan dengan Hugh Jackman bukan?”


Radcliffe mengakui bahawa sekiranya dia ditawarkan peranan ikonik itu, dia tidak akan “menolak”, cuma merasakan Marvel mungkin tidak melihatnya secara khusus untuk peranan itu, walaupun warganet beranggap dia pelakon yang sesuai dengan watak Wolverine.Ā 

“Saya tidak akan berkata ‘tidak’, tetapi Marvel mungkin melihat saya dan berkata ‘kami tidak terfikir tentang awak kawan.'”

Khabar angin yang mengaitkan Radcliffe dengan filem X-MenĀ telah berputar sekian lama, dan ianya semakin kuat selepas Disney berjaya mendapatkan kembali beberapa francais Marvel seperti X-Men dan The Fantastic 4. Namun, setakat ini, tiada pencarian pelakon untuk francais X-Men diumumkan, dan peminat hanya mampu menunggu khabar rasmi dari pihak studio.


Related posts

The Marvels Perlu Kutip Lebih AS$400 Juta Untuk Catat Keuntungan

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee