Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Digam Stesen TV, Syazwan Zulkifly Kecewa Tidak Dibantu SENIMAN

Gara-gara berbalah dengan seorang artis Singapura, pelakon Syazwan Zukifly dilaporkan telah digam oleh sebuah stesen TV dari terlibat dengan aktiviti bersama stesen TV tersebut.

Namun kekecewaannya semakin bertambah apabila Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) tidak membantunya dan mempersoalkan fungsi persatuan yang diterajui oleh Zed Zaidi di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram beliau, Syazwan menyatakan bahawa pihak SENIMAN tidak membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya, iaitu digam sebuah stesen televisyen sejak dua tahun lalu.

“Rasanya masalah saya ini keluar saja di blog dan surat khabar. Banyak sangat kes lain yang lagi penting atau popular kot SENIMAN itu dari kes saya untuk diselesaikan.

“Yelah kes seperti isteri kena baling ‘handphone’ dengan suami lagi, kes artis saman artis lagi. banyak, itu belum cerita kebajikan lagi,” – Via Instagram Syawan

Bercerita lanjut mengenai dirinya digam oleh sebuah stesen TV, pelakon “Juvana” itu nyata kecewa dengan sikap stesen televisyen tempatan apabila sanggup menggam dirinya kerana seorang artis Singapura.

Terdahulu, pelakon berusia 30 tahun itu pernah mendedahkan bahawa namanya telah ditolak daripada terlibat dalam sebarang drama terbitan di stesen televisyen berkenaan.

Ia berikutan kontroversi yang tercetus di antaranya dengan bekas kekasih yang juga pelakon dan pengacara Shenty Feliziana.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Leave a Comment