Berita

Die Hard Year One - Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Views

Namakan sahaja "Lone Hero" yang anda semua tahu, John Wick, Jason Bourne, Jack Reacher, mereka semua hebat dan mampu menewaskan musuh-musuh mereka dengan ketangkasan menggunakan senjata dan juga seni mempertahankan diri. Tapi mereka semua tidak mampu untuk menandingi kehebatan dan kekebalan seorang hero ini. Dia sudah 30 dekad mewarnai dunia filem-filem aksi dan hero yang dimaksudkan ialah John McClane.

John McClane bukanlah hero yang handal menggunakan senjata dan seni mempertahankan diri, dia cuma anggota detektif biasa dan sering mempunyai masalah dengan pegawai atasannya. Namun dia mampu untuk mengagalkan segala rancangan penjahat walaupun teruk dia di"belasah" dan darah memenuhi badannya.

Selepas Die Hard 5, iaitu filem A Good Day to Die Hard, ramai peminat tertanya-tanya adakah filem seterusnya akan dihasilkan? ini memandangkan usia pelakon tersebut iaitu Bruce Willis yang semakin senja dan menyukarkannya untuk berlakon dalam filem-filem aksi.

Jangan kuartir kerana filem ke-6 Die Hard yang berjudul Die Hard Year One dikatakan dalam proses perancangan (mungkin dalam proses pembikinan kini) dan Bruce Willis dijangka akan kembali membintangi filem tersebut. Namun filem berkenaan bukanlah sekuel kepada A Good Day to Die Hard, tetapi sebaliknya adalah prekuel kepada filem pertama iaitu pada tahun 1979, sebelum event filem pertama berlaku pada tahun 1998 dan juga pada masa sekarang.

Bruce Willis & Jai Courtney dalam filem Die Hard 5

Ini bermakna, dua pelakon akan membawa watak yang sama iaitu John McClane diwaktu muda dan pada masa sekarang dan Bruce Willis sendiri akan membawakan wataknya pada zaman masakini. Cuma pelakon untuk watak John McClane pada zaman lampau tidak lagi diketahui.

Antara info mengenai filem ini, dikatakan event filem keenam ini akan berlaku di Jepun dan juga semasa Tahun Baru 1979.

Pengarah yang bertanggungjawab untuk mengarahkan filem ini ialah Len Wiseman dan ini merupakan filem kedua kerjasama antara pengarah terbabit dengan Bruce Willis. Sebelum ini, kedua-duanya pernah berkerjasama dalam filem keempat franchise Die Hard pada tahun 2007 iaitu filem Live Free or Die Hard.

Len Wiseman memberikan sedikit gambaran mengenai filem terbarunya nanti

For sure, because he can’t be the superhero… It’s a delicate balance of giving you a sense of what started McClane, because McClane when he comes into Die Hard 1 has a lot of emotional baggage, baggage in general moreso than a lot of our other action characters in the sense that he’s already divorced. He’s got an incredible chip on his shoulder. He’s bitter. His captain hates him, doesn’t want him back in New York. What caused all that? Why was he already that guy?”

Filem terbaru ini boleh dikatakan filem yang akan menceritakan asal usul John McClane dan memberitahu apa yang membuatkan dirinya menjadi Detektif yang sangat sukar untuk ditewaskan sehingga kini. Jadi, kepada peminat Die Hard yang mengharapkan sekuel selepas filem kelima, anda boleh lupakannya kerana filem keenam ini dijangka banyak menceritakan zaman lampau John McClane dan mungkin lebih complicated.

Kami akan bawakan berita terbaru mengenai filem ini dari semasa ke semasa.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks