
Didi & Friends akan memasuki pawagam tidak lama lagi!
Astro Shaw bersama Warnakala Studios telah melancarkan teaser trailer pertama Didi & Friends The Movie yang menawarkan pandang pertama filem animasi kanak-kanak yang akan datang.
Video tersebut berlatarkan lagu baharu “hooray-hooray”, serta menggoda animasi yang dipertingkatkan, menjanjikan animasi yang bukan sahaja menarik minat kanak-kanak, tetapi juga penonton dewasa, khusus ibu bapa.
Butiran lanjut mengenai filem tersebut masih tidak diketahui, tetapi ianya akan membuat debut di pawagam pada 23 Februari tahun hadapan.
Anda boleh tonton teaser trailer tersebut dibawah: