Genre: Komedi
Pengarah: David Bowers
Pelakon: Jason Drucker, Owen Asztalos, Charlie Wright, Alicia Silverstone, Tom Everett Scott
Edaran: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2017
Klasifikasi: PG-13
Durasi: 1 Jam 31 Minit
Rasa janggal pula melihat 100% watak-watak dalam Diary of A Wimpy Kid bertukar dengan pelakon-pelakon baru. Diary of A Wimpy Kid adalah sebuah filem komedi keluarga yang diinspirasikan dari buku bertajuk sama.
Boleh dikatakkan filem keempat ini dikatakan agak teruk dan kurang menarik berbanding tiga filem terdahulu. Mungkin faktor pelakon baru menyebabkan filem kali ini tidak begitu menarik, para pelakon cuba untuk meniru gaya dan perwatakkan pelakon-pelakon sebelum ini, tetapi gagal. Paling ketara, aktor Charlie Wright yang begitu berusaha keras meniru gaya Devon Bostick dalam membawa watak Rodick Hefley, begitu juga Jason Drucker yang tidak mampu mengatasi prestasi Zachary Gordon untuk membawakan watak utama Greg Hefley. Hanya Alicia Silverstone sahaja berjaya meniru perwatakan Susan Hefley dengan baik, gaya yang menjadi ibu yang sangat protective sama seperti yang dilakon oleh aktress sebelum ini.
Mujur lawak-lawak dalam filem ini berjaya membuatkan kami ketawa walapun lawak yang ditunjukkan agak cliche untuk sebuah filem “family roadtrip”. Walaupun ia sebuah filem keluarga, Diary of A Wimpy Kid The Long Haul diklasifikasikan sebagai PG-13 kerana terdapat humor-humor yang sedikit kasar.
Filem ini mengisahkan keluarga Hefley yang merancang perjalanan ke rumah neneknya untuk menyambut ulangtahun kelahiran nenek yang ke-90, tetapi Greg mempunyai perancangan lain iaitu pergi ke konvensyen permainan video bagi membersihkan namanya yang telah viral disebabkan video lawaknya tersebar di laman-laman sosial. Dalam perjalanan dari rumah menunju ke rumahnya, pelbagai adegan kelakar dan tidak diingini berlaku pada keluarga Hefley.
Diary Of A Wimpy Kid: The Long Haul filem yang ok untuk mengisi masa lapang dan bergelak ketawa bersama keluarga, tetapi filem ini tidak mampu untuk mengatasi tiga filem terdahulu yang kita tidak bosan untuk menontonnya berulang kali.
Rating:6/10