Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Diana Danielle Mahu Kembali Berlakon

Pelakon Diana Danielle menyuarakan hasratnya untuk kembali beraksi di layar perak setelah lima tahun tidak terlibat dengan sebarang filem.

“Saya sangat rindu kembali berlakon filem kerana sejak dulu, saya memang meminati bidang ini. Kali terakhir kira-kira lima tahun lalu menerusi Kami Histeria pada tahun 2014. 

“InsyaAllah tahun depan saya akan terbabit dengan projek filem baru. Biarpun belum dapat berkongsi butiran lanjut mengenai filem itu, apa yang dapat saya katakan, sudah lama saya ingin bekerjasama dengan pengarahnya,” Diana Danielle

Walaupun sudah lama tidak berlakon filem, namun pelakon Evolusi KL Drift ini masih aktif berlakon drama dan terbaru dia baru sahaja muncul dengan drama adaptasi berjudul Coffee Prince

Pada bulan September lalu, pelakon berusia 26 tahun ini telah dinobat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29) menerusi lakonannya dalam filem “Hanyut” arahan U-Wei Hj Saari.

Dalam perkembangan lain, isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil ini telah dilantik sebagai Pengerusi Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia sejak bulan Ogos lalu dengan matlamat untuk menghimpunkan selebriti yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk bergiat dengan lebih serius dalam perniagaan berskala besar.

Antara selebriti lain yang sudah mendaftar sebagai ahli tetap adalah suaminya, Bront Palarae, Hazama, Hafiz Suip, Akim Ahmad, Stacy, Wan Hanafi Su dan Soffi Jikan.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Hidangan Istimewa Raya Dari Monsta

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

MENCARI RAHMAT Inspirasi Daripada Naskah Terkenal Oscar Wilde ‘The Importance Of Being Earnest’

Kakimuvee

Nikmati Podcast Ramadan Baharu Di SYOK, ‘The Deen Hustlers Show’ & ‘Hikmah’ Musim ke-2

Zulaikha

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee