Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Diana Danielle Mahu Buka Rumah Produksi Sendiri

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menyuarakan hasratnya untuk membuka rumah produksinya sendiri yang menjadi impiannya sejak dahulu lagi.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson bagaimanapun enggan terburu-buru untuk menubuhkan syarikat produksi.

“Saya mahu berganjak ke satu fasa baru di mana saya mahu menulis dan menerbitkan sendiri drama atau filem. Ia tentulah diikuti dengan pembukaan syarikat produksi sendiri.

“Tapi saya tak mahu lakukan dengan gelojoh. Bagi saya, apa sahaja yang saya lakukan sekarang saya masih lagi bertatih belajar.

“Kerana tempoh pembelajaran itu bukan ambil masa yang sekejap, saya tak mahu terburu-buru melakukan dan akhirnya hasilnya tidak seberapa,”  –  Diana Danielle

Tambah pelakon “Hanyut” itu lagi, dia mahu terus belajar dan memperbaiki segala kelemahan terlebih dahulu sebelum bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun itu berkata buat masa ini dia lebih selesa menjadi tulang belakang kepada suaminya yang juga pengarah dan pelakon Farid Kamil.

Malah dia juga tidak mahu kerap bergandingan dengan suaminya dalam lakonan.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Diana yang baru berjinak-jinak dengan dunia muzik baru sahaja tampil dengan single terbarunya berjudul “Tentang Kita”.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment