
Menjelang pelancaran Wonder Woman 1984 di laman streaming HBO Max dan pawagam, Warner Bros. telah melancarkan TV Spot terbaru yang mempromosi filem adiwira terbaru DC akan datang. Anda boleh saksikannya di dibawah.
It's time for a hero. See #WW84 in theaters and exclusively on @HBOMax* December 25.
— Wonder Woman 1984 (@WonderWomanFilm) November 28, 2020
*Available on HBO Max in the US only at no extra cost to subscribers. pic.twitter.com/5t9d0Dq1kb
Melangkah pantas ke tahun 1980-an dalam pengembaraan Wonder Woman seterusnya, dia mendapati dirinya berhadapan dengan dua musuh baru, iaitu Max Lord dan Cheetah. Patty Jenkins kembali ke kerusi pengarahan, bersama-sama Gal Gadot yang memainkan watak utama sebagai Diana Prince aka Wonder Woman.
Turut membintangi filem ini adalah Chris Pine yang meneruskan wataknya sebagai Steve Trevor; Kriten Wiig sebagai The Cheetah, Pedro Pascal sebagai Max Lord, Robin Wright sebagai Antiope dan Connie Nielsen sebagai Hippolyta.
Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Patty Jenkins, Gal Gadot dan Stephen Jones bertindak sebagai penerbit, manakala Patty Jenkins mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Geoff John dan David Callaham.
Wonder Woman 1984 akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 17 Disember ini