Kisahnya bermula apabila Awal Ashaari dan isterinya Scha al-Yahya yang sedang menghadiri satu majlis perkahwinan rakan mereka di Langkawai memuat naik gambar mereka berdua di laman sosial instagram yang Ā dikatakan terlampau Ā mesra oleh sesetengah peminat.
https://www.instagram.com/p/BLBKxxuBjG5/?taken-by=awalashaari
Disebabkan gambar tersebut, Awal Ashaari telah ditegur oleh seorang warga laman sosial yang kurang senang dengan gambar yang dikonsi oleh pengacara tersebut.
Gambar yang memaparkan mereka berdua sedang berciuman itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dan salah satu komen yang mendapat perhatian daripada tuan punya badan tersebut apabila ada ada yang mempertikaikan perlakuannya itu terlalu mengikut budaya Barat dan menurut komen tersebut juga ā inilah apa yang terjadi di akhir zaman
Awal yang kurang senang dengan komen tersebut membalasnya dengan menyatakanĀ āDia isteri saya yang halal. Ada masalah?,ā Inilah realiti kehidupan selebritiĀ yang perlu dihadapan oleh mereka, sentiasa diperhatikan dan kesilapan kecil pasti dikritik hebat oleh peminat.
Ini bukan pertama kali selebriti dikritik kerana bercumbu dikhalayak, sebelum ini Johan Raja Lawak juga pernah dikritik hebat kerana aksi spontanya yang mencium isterinya selepas menerima anugerah.