Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dexter Fletcher Akan Arahkan Filem Sherlock Holmes 3


Pengarah filem Rocketman, Dexter Fletcher dilaporkan akan menjadi pengarah filem yang telah lama tertangguh, Sherlock Holmes 3. 

Menurut laporan dari Variety, Dexter akan menggambil tempat Guy Ritchie yang sebelum ini mengarahkan dua filerm Sherlock Holmes iaitu Sherlock Holmes yang diterbitkan pada 2009, dan Sherlock Holmes: A Game of Shadows  pada 2011.

Robert Downey Jr. akan kembali membawakan wataknya sebagai detektif terhebat dunia. Kesibukkannya berlakon dalam filem Marvel sebagai Iron Man menjadi salah satu sebab perancangan filem ketiga Sherlock Holmes tertangguh. Jude Law juga dijangka akan meneruskan wataknya sebagai Watson.

Skrip filem ditulis oleh Chris Brancato manakala Susan Downey, Joel Silver dan Lionel Widgram akan bertindak selaku penerbit. Sherlock Holmes 3 dijangka akan ditayangkan pada 21 Disember 2021.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee