Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

DeWanda Wise Sertai Barisan Pelakon Captain Marvel

Bintang siri Netflix She’s Gotta Have It, DeWanda Wise dilaporkan telah menyertai barisan pelakon filem superhero wanita pertama Marvel, Captain Marvel. Menurut laporan dari laman web Variety, beliau akan membawa watak pembantu dalam filem tersebut.

DeWanda Wise kini menyertai Brie Larson, Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, dan Jude Law terlibat dalam penggambaran filem Captain Marvel yang dijangka dimulakan pada bulan Februari ini.


Filem Captain Marvel ini diarahkan oleh Anna Boden dan Ryan Fleck, manakala lakonlayar ditulis oleh Geneva Robertson-Dworet Meg LeFauve dan Nicole Perlman. Kevin Feige, presiden MCU akan bertindak selaku penerbit.

Berdasarkan komik, Carol Danvers yang juga dikenali sebagai Captain Marvel membuat penampilan pertama dalam komik Marvel Super-Heroes #13 pada tahun 1968. Karakter tersebut merupakan ketua keselamatan dalam angkatan tentera udara US sebelum berlaku kemalangan yang melibatkan teknologi Kree sehingga dia memperoleh kuasa luar biasa. Wataknya mula membawa mantel Mr. Marvel sebelum dinaikkan pangkat menjadi Captain Marvel.

Related posts

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Leave a Comment