Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Details Filem Captain Marvel Didedahkan

Marvel Studio telah mendedahkan serba sedikit details mengenai filem terbaru mereka Captain Marvel semasa konvensyen Comic-Con yang berlangsung di San Diego tempoh hari. Antara details yang didedahkan ialah, filem superhero wanita tersebut akan berlatarbelakangkan zaman 90an, Nick Fury sebagai pelakon utama serta siapakah villain utama dalam filem tersebut.

Apa yang menariknya dalam filem Captain Marvel akan datang, kita akan melihat “origin” yang lebih jelas mengenai Nick Fury serta melihat karakter tersebut dalam keadaan masih memiliki dua mata. Malah maksud “bigger universe” yang diucapkan oleh Fury semasa dipenghujung filem Iron Man akan dirungkaikan dalam filem Captain Marvel.


Selain itu juga, Kevin Fiege juga mendedahkan, Carol Danvers aka Captain Marvel akan berhadapan dengan makhluk asing yang mampu berubah bentuk, Skrull sebagai villain utama.

“Captain Marvel will be our twenty-first film in the cinematic universe,” Feige noted, “and we’ve never seen the Skrulls. How come?” – Kevin Fiege

Sebelum ini, ramai peminat Marvel mengeluarkan teori bahawa Skrull bakal muncul dalam filem Captain Marvel sebagai villain. Ini berdasarkan kaitan kuat diantara kedua-dua karakter tersebut dalam siri-siri komik Marvel.

Menurut president Marvel Studio itu lagi, Captain Marvel akan berdasarkan dan diinsipirasikan dari siri komik klasik Avengers yang menunjukan konflik diantara Kree-Skrull.

*concept art filem Captain Marvel didedahkan dalam Comic Con, San Diego

Agak menarik sebenarnya melihat cubaan Marvel untuk kembali ke masa lampau menerusi filem Captain Marvel ini. Ia bukan sahaja akan mengembangkan dunia Marvel Cinematic Universe malah ia akan membolehkan Captain Marvel muncul dalam Infinity War dalam bentuk yang sempurna sebagai seorang Superhero. Cuma bagaimana mereka cuba mencipta satu timeline kebelakang tanpa memberi kekeliruan kepada timeline asal masih lagi tidak diketahui.

Captain Marvel dibintangi oleh Brie Larson sebagai bintang utama manakala skrip filem ditulis oleh Nicole Perlman and Meg LeFauve manakala Anna Boden and Ryan Fleck ditugaskan untuk mengarah untuk filem ini.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment