Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Despicable Me 3 Review

Genre: Komedi / Animasi

Pengarah: Pierre Coffin, Kyle Balda

Pelakon: Steve Carell, Trey Parker, Kristen Wiig, Miranda Cosgrove, Dana Gaier, Russell Brand

Edaran: United International Pictures

Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017

Durasi: 90 Minit

Rating: 8/10

Sebelum Despicable Me 3 ditayangkan, franchise Despicable Me boleh dikatakan sebuah franchise yang boleh dianggap sukses apabila berjaya mengaut $2.5 billion dollar hasil kutipan dua filem Despicable Me terdahulu termasuklah filem spin-off, Minion yang merupakan filem paling menguntungkan dalam sejarah Universal Pictures.

Ingin meneruskan kejayaan dan memenuhi kantung studio berkenaan hasil populariti makhluk kuning yang comel, Minion, mereka kembali menghasilkan filem ketiga  Despicable Me 3 yang telahpun ditayangkan di Malaysia.

Cuma kali ini, mereka kembali menumpukan kepada karakter “villain wannabe”, Gru berbanding karakter Minion dan filem ketiga ini juga nampak sedikit berbeza jika mahu dibandingkan dengan filem pertama dan kedua. Kehidupan kekeluargaan Gru menjadi isi utama untuk filem kali ini dan yang paling utama, Gru sebenarnya mempunyai adik kembar yang bernama Dru!

Gru (Steve Carell) yang sebelum ini merupakan villain kini telah bekerja dengan agensi Anti-Villain League bersama-sama isterinya, Lucy (Kristen Wiig) untuk membanteras penjahat-penjahat yang wujud dimuka Bumi ini.

Gru & Lucy

Namun, kehidupan Gru yang menjadi ejen kepada Anti-Villain League bersama-sama isterinya Lucy mula tergugat apabila, ketua baru agensi tersebut telah memecat mereka kerana kegagalan menangkap penjahat terbaru dalam filem ini, Balthazar Bratt (Parker) – seorang bekas bintang kanak-kanak era 80-an sebelum bertukar menjadi villain kerana kegagalan karier lakonannya.

Meskipun dipecat, Gru tidak meneruskan kehidupan lamanya menjadi seorang villain demi keluarganya, manakala si Lucy pula sedaya upaya menjadi seorang ibu yang baik kepada 3 anak angkat Gru, iaitu Margo, Agnes dan Edith.

Gru kemudiannya telah berjumpa dengan kembarnya, setelah kisah lama keluarga Gru terbongkar. Dru pula dengan sedaya upaya cuba memujuk Gru untuk menjadi penjahat semula kerana cita-cita Dru adalah mahu menjadi penjahat yang berjaya seperti bapanya serta meminta Gru untuk bersama-samanya menjadi villain.

Kehidupan keluarga Gru menjadi salah satu “storyline” filem Despicable Me 3 ini disamping “family Reunion” diantara Gru dan kembarnya Dru serta permusuhan antara Gru dan Balthazar Bratt.

Walaupun aksi minion dalam filem ini sekadar selingan sahaja (kerana memberi perhatian kepada watak Gru), Despicable Me 3 masih sebuah filem animasi yang tetap menampilkan humor yang mengelikan hati terutama bila melihat telatah kedua-dua kembar itu beraksi serta karakter yang ditunjukkan oleh villain Balthazar. Sekurang-kurangnya, ia mampu memberikan gelak ketawa kepada kanak-kanak yang pastinya mahu menonton telatah minion sahaja apabila menonton filem ini.

Bagaimanapun, telatah Minion tidak dilupakan, kerana disebabkan merekalah, franchise Despicable Me menjadi sangat popular. Antara babak menarik karakter kuning itu adalah semasa nyayian mereka di studio ala “America Got Talent” serta semasa mereka di penjara dan menguasai penjara tersebut dari banduan-banduan yang ada.

Selain itu tak dilupa babak yang menunjukkan aksi penjahat Balthazar Bratt muncul didalam filem tersebut dimana lagu-lagu retro era 80an mula dimainkan. Tarian, lagu-lagu rancak telah menghidupkan suasana filem ini. Cukup menghiburkan dan mampu membuatkan penonton mengerakkan kaki mendengar rentak lagu-lagu yang pernah popular dahulu.

Despicable Me 3 kali ini bukanlah sekadar filem kosong yang hanya memberikan gelak ketawa, ia turut memberikan mesej kekeluargaan kepada penonton dan yang paling penting jaga rosakkan fantasi kanak-kanak. Secar keseluruhannya, filem kali ini tidak mengecewakan dan Illumination serta Universal Studio berada dilandasan terbaik untuk terus menerus mengumpul kekayaan hasil dari tayangan filem ini. 90 minit Despicable Me 3 memang cukup menghiburkan.

Related posts

Review Filem: Venom: Let There Be Carnage (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Cursed: Dead Man’s Prey (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Bunty Aur Babli 2 (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Budak Kripto (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Annaatthe (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Dendam Kesuma (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment