Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Desolasi Official Trailer

poster-filem-desolasi

Tarikh Tayangan:8 Disember 2016
Genre: Sains Fiksyen, Thriller
Pengarah: Syafiq Yusof
Penulis Skrip: Syafiq Yusof
Pelakon: Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Jacky Kam, C.Kumaresan, Siraj Alsagoff
Syarikat Produksi: Skop Production

Filem Desolasi ini menampilkan abang kepada pengarah filem Syafiq Yusof iaitu Syamsul Yusof sebagai watak utama, filem ini membawa penonton merasai bagaimana seorang lelaki ditinggalkan bersendirian di dunia ini (KL tanpa manusia).

Mengisahkan mengenai Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah.

Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya. Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap.

Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini.

Selain Syamsul Yusof, antara pelakon yang turut menjayakan filem ini ialah Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Jacky Kam, C.Kumaresan dan Siraj Alsagoff.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar “Boston Strangler”

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment