Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Derek Kolstad Bangunkan Anime Splinter Cell Untuk Netflix

Selepas melibatkan diri dalam projek filem adaptasi permainan video Just Cause dan siri televisyen adapatasi permainan video Hitman, pencipta francais John Wick, Derek Kolstad terus terlibat dalam dunia permainan video dengan penghasilan anime Splinter Cell untuk Netflix.

Butiran lanjut plot masih belum diketahui, tetapi menurut sumber, siri anime itu menerima permintaan dari Netflix untuk menghasilkan dua musim siri, 16 episod. Kolstad akan menjadi penulis dan penerbit eksekutif siri tersebut.


Mendapat sokongan rasmi dari penulis buku ketenteraan dan pengintipan Tom Clancy dan diinspirasikan dari siri permainan video Metal Gear ciptaan Hideo Kojima, francais Splinter Cell mula dihasilkan pada 2002 berserta permainan video berjudul sama. Splinter Cell mendapat ulasan yang sangat positif dari pengkritik dan permain permainan video, dan menjadi kejayaan komersial buat Ubisof.

Francais yang mengandungi 7 judul utama dan 7 novel bersambung ini berkisar tentang bekas anggota tentera SEAL, Sam Fisher yang direkrut NSA untuk bekerja di sub-divisyen rahsia Third Echelon dan menjalankan pelbagai operasi.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment