Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

“Demon Slayer The Movie: Mugen Train” Catat Kutipan Paling Tinggi Di Jepun

Jepun sangat terkenal dalam menampilkan filem-filem animasi terbaik di layar perak. Walaupun ada filem anime yang lebih modern telah dirilis dipawagam seperti Weathering with You and Your Name, pencapaian yang paling tinggi adalah filem yang berasal dari Studio Ghibli.

Dari My Neighbor Totoro hingga Kiki’s Delivery Service, Studio Ghibli telah mengeluarkan beberapa filem hebat, dan sudah tentu Spirited Away menjadi filem anime yang sangat dikenali peminat sehingga berjaya menguasai carta box office di Jepun.

Namun, sayangnya takhta Spirited Away telah dirampas filem anime terbaru, Demon Slayer The Movie: Mugen Train. Sejak ditayangkan pada 2001, Spirited Away menjadi filem terlaris di Jepun dengan kutipan sebanyak 30.8 billion Yen.

Namun, kedudukannya dipintas Demon Slayer The Movie: Mugen Train apabila filem anime terbaru itu disahkan telah memperolehi kutipan sebanyak 32.47 bilion yen!, sekaligus menjadi filem terlaris di Jepun setakat ini!.

Demon Slayer: Mugen Train sekuel kepada siri animasi TV Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (2019). Setelah tamat menjalani latihan pemulihan di Butterfly Mansion, Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya, Zenitsu, Nezuko dan Inosuke serta pahlawan paling kuat di Demon Slayer Corps, Kyōjurō Rengoku, bakal terlibat dengan misi baru. Mereka perlu menyiasat misteri kehilangan lebih kurang 40 orang di dalam Kereta Api Mugen. Pada masa yang sama, mereka tidak menyedari bahawa salah seorang ahli kumpulan Twelve Kizuki, Enmu, telah memasang perangkap dalam kereta api tersebut.

Demon Slayer: Mugen Train akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 4 Februari 2021.

Sumber: Anime Mojo

Related posts

Anime Legenda “Slam Dunk” Bakal Dapat Filem Terbaru

Kakimuvee

Monsta Lancar Trailer Pertama Filem Animasi “MechAmato”!

Kakimuvee

Saksikan Trailer “Earwig and the Witch” Dari Studio Studio Ghibli

Kakimuvee

11 Filem Anime Yang Akan Ditayangkan Pada 2021

Zulaikha

Leave a Comment