Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

“Demon Slayer The Movie” Filem Anime Paling Laris Di Malaysia!

Filem anime “Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba The Movie: Mugen Train” membuktikan bahawa penonton di Malaysia masih berminat untuk menonton filem di layar lebar.

Menurut pengedar filem tempatan GSC Movies, setelah 12 hari dilancarkan, “Demon Slayer: Mugen Train” telah memperoleh lebih RM4.3 juta di box office Malaysia.

Ini bermakna “Demon Slayer: The Movie” menjadi filem anime terlaris di Malaysia, mengambil alih carta no. 1 yang sebelum ini diduduki “One Piece: Stampede” (2019), yang telah memperoleh RM3.3 juta.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan GSC Movies, “filem blockbuster anime ini bukan sahaja menggalakan industri pawagam tempatan, tetapi juga membuka jalan untuk menambah senarai filem anime yang akan datang.”

Dua lagi filem anime yang kini sedang ditayangkan di GSC adalah “Detective Conan: The Scarlet Alibi” dan “Doraemon The Movie: Nobita’s New Dinosaur.”

Seterusnya, anime “Gintama The Very Final” akan menemui penonton pada 8 April diikuti “Detective Conan: The Scarlet Bullet” pada 21 April dan “Fate/Grand Order The Movie Divine Realm Of The Round Table: Camelot Wandering; Agateram” pada 6 Mei. 

Baru-baru ini, “Demon Slayer: The Movie” telah menjadi filem paling laris di Jepun, mengatasi filem “Spirited Away” arahan Hayao Miyazaki. 

“Demon Slayer: Mugen Train” berpusat pada Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya yang menyiasat misteri kehilangan lebih kurang 40 orang di dalam Kereta Api Mugen.

Pada masa yang sama, mereka tidak menyedari bahawa salah seorang ahli kumpulan Twelve Kizuki, Enmu, telah memasang perangkap dalam kereta api tersebut.

Related posts

Tiga Siri Terbaru Gundam Telah Diumumkan Termasuk Anime TV Utama

Kakimuvee

Trailer Filem Anime “Sing a Bit of Harmony” Goda Tayangan 2022

Kakimuvee

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Musim Terakhir “Attack on Titan” Akan Kembali Pada Januari 2022

Kakimuvee

Trailer “Star Wars: Vision” Menjanjikan Pengalaman Unik & Menarik Kepada Peminat Anime

Kakimuvee

Filem Anime “Your Name” Akan Tiba Di Netflix 1 September Ini

Zulaikha

Leave a Comment