Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Demon Slayer: Mugen Train Pecah Rekod Box Office Jepun

Filem terbaru dalam siri anime Demon Slayer, Demon Slayer: Mugen Train, telahpun ditayangkan pada 16 Oktober yang lalu, dan ia mencapai kejayaan cukup besar!

Menurut laporan Crunchyroll, filem tersebut menuju kutipan hari minggu yang cukup luar biasa, dan mungkin menjadi tayangan pembukaan terbaik dalam sejarah filem di Jepun.

Selama dua hari (16-17 Oktober), seramai 1.9 juta penonton telah menyaksikan Demon Slayer: Mugen Train, sekaligus mencatatkan kutipan sebanyak $20 juta dolar. Bagaimanapun, kutipan penuh hari minggu masih belum dikeluarkan, dan Deadline menjangkakan, filem anime tersebut mungkin mengutip lebih $40 juta dolar.

Crunchyroll turut menyatakan, tayangan minggu perbukaan tertinggi sepanjang zaman di Jepun dipegang oleh filem The Matrix Reloaded yang mengutip ¥2.2 billion (US$20.8 juta). Walaubagaimanapun, agak sukar untuk mengentahui rekod kutipan minggu pembukaan di Jepun.  Spirited Away adalah filem paling laris dalam sejarah Jepun dengan kutipan keseluruhan sebanyak ¥ 30 million ($250 juta), tetapi rekod minggu pembukaannya tiada dalam senarai box office jepun. 

Demon Slayer: Mugen Train sekuel kepada filem siri animasi TV Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (2019). Setelah tamat menjalani latihan pemulihan di Butterfly Mansion, Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya, Zenitsu, Nezuko dan Inosuke serta pahlawan paling kuat di Demon Slayer Corps, Kyōjurō Rengoku, bakal terlibat dengan misi baru. Mereka perlu menyiasat misteri kehilangan lebih kurang 40 orang di dalam Kereta Api Mugen. Pada masa yang sama, mereka tidak menyedari bahawa salah seorang ahli kumpulan Twelve Kizuki, Enmu, telah memasang perangkap dalam kereta api tersebut.

Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba: Mugen Train disuarakan oleh Natsuki Hanae, Akari Kito, Hiro Shimono, Yoshitsugu Matsuoka, Satoshi Hino dan Daisuke Hirakawa.

Demon Slayer: Mugen Train akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 4 Februari 2021

Related posts

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha