Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

“Demon Slayer: Mugen Train” Kutip RM1.5 Juta Pada Minggu Pembukaan

Selepas dibenarkan beroperasi, pawagam-pawagam seluruh negara mula memainkan filem-filem terbaru yang telah lama tertangguh, antaranya filem anime “Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba The Movie: Mugen Train“. 

“Demon Slayer: Mugen Train” merupakan antara filem yang sangat dinantikan kaki-kaki wayang, terutamanya peminat anime tempatan.Buktinya, tiket wayang “Demon Slayer: Mugen Train” telah habis dijual pada hari pertama tayangan.

Kini, selepas beberapa hari ditayangkan, GSC mendedahkan kutipan minggu pembukaan filem anime itu, iaitu sebanyak RM1.5 juta. Kutipan minggu kedua dijangka meningkat memandangkan masih banyak peminat anime, khususnya “Demon Slayer”, telahpun merancang untuk menonton filem itu dipawagam.

Kredit: GSC

“Demon Slayer: Mugen Train” sekuel kepada siri animasi TV Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (2019). Setelah tamat menjalani latihan pemulihan di Butterfly Mansion, Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya, Zenitsu, Nezuko dan Inosuke serta pahlawan paling kuat di Demon Slayer Corps, Kyōjurō Rengoku, bakal terlibat dengan misi baru.

Mereka perlu menyiasat misteri kehilangan lebih kurang 40 orang di dalam Kereta Api Mugen. Pada masa yang sama, mereka tidak menyedari bahawa salah seorang ahli kumpulan Twelve Kizuki, Enmu, telah memasang perangkap dalam kereta api tersebut.

“Demon Slayer: Mugen Train” kini sedang ditayangkan dipawagam GSC terpilih. Klik sini untuk membaca ulasan penuh.

Related posts

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Disney Dedah Poster Terbaru “Star Wars: The Bad Batch”

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Infinite Darkness Previu Watak-Watak utama

Kakimuvee

6 REASONS WE’RE ACTUALLY TATSU FROM THE WAY OF THE HOUSEHUSBAND

Isqandar

[TEASER] LaKeith Stanfield Sebagai Samurai Dalam Anime Terbaru Netflix “Yasuke”

Kakimuvee