
Berita baik buat peminat anime Demon Slayer!
GSC, menerusi laman Twitter rasmi, telah mendedahkan tarikh tayangan peminat dan tarikh tayangan sebenar filem anime Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba: Mugen Train sebentar tadi.
Dua tarikh ‘fan screening’ telah ditetapkan pada 5 Disember 2020 dan 23 Januari 2021, manakala tarikh tayangan di seluruh pawagam di Malaysia adalah pada 4 Februari 2021. Bagaimanapun, tarikh tersebut bergantung pada situasi pandemik COVID-19.
YES. The release dates are finally here!!
Here are the dates for fan’s screening and general release scheduled to be release for #DemonSlayer Kimetsu no Yaiba – The Movie: Mugen Train!
These dates are subject to change. So stay tuned for more! pic.twitter.com/zSj8yXSTBQ— GSC (@GSCinemas) October 16, 2020
Filem ini merupakan sekuel kepada filem siri animasi TV Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (2019). Setelah tamat menjalani latihan pemulihan di Butterfly Mansion, Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya, Zenitsu, Nezuko dan Inosuke serta pahlawan paling kuat di Demon Slayer Corps, Kyōjurō Rengoku, bakal terlibat dengan misi baru. Mereka perlu menyiasat misteri kehilangan lebih kurang 40 orang di dalam Kereta Api Mugen. Pada masa yang sama, mereka tidak menyedari bahawa salah seorang ahli kumpulan Twelve Kizuki, Enmu, telah memasang perangkap dalam kereta api tersebut.
Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba: Mugen Train disuarakan oleh Natsuki Hanae, Akari Kito, Hiro Shimono, Yoshitsugu Matsuoka, Satoshi Hino dan Daisuke Hirakawa.
Kepada peminat Demon Slayer, save the date! dan sentiasa doakan negara kita bebas dari COVID-19.