Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Demi Watak, Shaheizy Sam Sanggup Susut 8kg

Polis Evo

Ramai peminat-peminat Shaheizy Sam mula tertanya-tanya setelah melihat keadaan aktor tersebut yang kelihatan semakin cengkung dan kurus. Shaheizy Sam yang kelihatan tegap semasa berlakon dalam filem Polis Evo kelihatan semakin kurus seolah-olah sedang mengalami masalah kesihatan.

Risau akan keadaan terbaru aktor tersebut, ramai peminat mula bertanya khabar mengenai kesihatan pelakon utama filem Polis Evo itu.

Bagaimanapun, kesemua persoalan yang bermain di benak peminat akhirnya terjawab apabila pelakon berkenaan memuat naik gambarnya di Instagram beserta jawapan sekali mengapa dia kurus.

https://www.instagram.com/p/BE1UyfFIz3K/?taken-by=shaheizy_sam

“Ramai bertanyakan Sam soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ni. Soalan2 seperti “kenapa kurus sangat?”, “Sam sakit ke?”, dan ada juga yang bagi statement seperti “jangan la kurus sangat, tak handsome”. Hehek .

“Jawapannya, kerana tuntutan kerja. Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat dan kerjaya seorang pelakon tidak wajib untuk kelihatan handsome, macho atau comel sepanjang masa.

“Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerena mengambil berat. I love u all lah!!!

Menurut BH Online, Sam kehilangan kira-kira 8 kg sejak beberapa minggu lalu. Menurut Sam, dia menurunkan berat badannya untuk membawa watak Naufal dalam filem terbaru “Pinjamkan Hatiku”.

“Saya turun 8 kg untuk watak Naufal ini,” ujar aktor tersebut.

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee