Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Demi Keluarga, Izreen Azminda Sanggup Tolak Tawaran Berlakon


Tanggungjawab terhadap keluarga menjadi faktor utama kenapa pelakon Izreen Azminda semakin jarang muncul di kaca televisyen mahupun di layar perak.

Menurut Izreen, dia perlu menurut kata suami, Ude Wahid, yang bimbang jikalau anak-anak mereka akan terabai jika dia terlalu sibuk di set penggambaran.

“Saya akui memang rindu nak terlibat dengan penggambaran. Sudah lebih 11 tahun saya berlakon. Rindu nak kembali aktif seperti dulu tetapi memandangkan saya dah berkeluarga, jadi ia agak menyukarkan.

“Saya banyak juga terima tawaran drama bersiri yang panjang tetapi buat masa sekarang saya tak dapat nak berikan komitmen sepenuhnya. Suami pun tak benarkan.

“Dia takut nanti tak ada orang yang boleh jaga anak-anak kami. Saya pula jenis tak percaya orang jaga anak. Nak minta tolong ibu, dia pun dah tak larat,” jelasnya menerusi laporan mStar Online.


Izreen kini aktif membantu para peniaga tempatan dalam talian dengan membuat ulasan produk-produk yang dijual menerusi media sosial. Selain itu juga, dia turut memulakan perniagaannya sendiri iaitu Sugar Butter Milk KL.

Kali terakhir Izreen aktif dalam dunia hiburan adalah pada tahun 2017 menerusi drama Pergilah Air Mata, telefilem Mahram dan filem Pak Pong.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee