Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Deliver Us From Evil” Menjadi Filem Pertama Sejak Februari Yang Lepasi 4 Juta Penonton!

Deliver Us From Evil menjadi filem musim panas paling hit di Korea Selatan!

Menurut catatan Suruhanjaya Filem Korea, Deliver Us From Evil telah melepasi 4 juta penonton filem pada 22 Ogos jam 1:30 pagi waktu tempatan. Ini adalah pertama kali sejak filem The Man Standing Next mencatatkan lebih 4 juta penonton di pentas box office pada Februari yang lalu.


Para pelakon mengucapkan terima kasih kepada penonton yang membantu filem mencapai rekod tertinggi. Hwag Jung Min yang kini sedang menjalani penggambaran filem terbaru di Jordan, berkata “Saya benar-benar ingin mengatakan bahawa saya sangat berterima kasih.”

Lee Jung Jae serta Park Jung Min turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong filem lakonan mereka.

Walaupun masih berdepan dengan pandemik COVID-19, filem ini mencapai angka 3 juta lebih pantas dari filem aksi jenayah yang lain seperti The Outlaws dan Believer yang mencatatkan 3 juta penonton pada hari ke-12 tayangan.

Delivers Us From Evil adalah filem aksi ‘hard-boiled’ yang berkisar tentang In Nam (lakonan Hwang Jung Min), seorang pembunuh upahan yang ingin menyelesaikan tugasan terakhir dan merancang untuk bersara. Dia kemudiannya mengetahui kes penculikan di Thailand, dan kes tersebut mempunyai kaitan dengannya.

Filem terbaru ini dibarisi pelakon seperti Hwang Jung in, Lee Jung Jae, Park Jung Min dan ramai lagi.

https://www.instagram.com/p/CELqYQ6JGW5/?utm_source=ig_web_copy_link

Related posts

“Big Mouse” Menjadi Drama Paling Popular Untuk Minggu Ketiga Berturut-Turut

Zulaikha

“Extraordinary Attorney Woo” Pecah Rekod Peribadi, Cipta Sejarah Rating Tertinggi Untuk Saluran ENA

Zulaikha

Seo In Guk, Jung So Min & Jang Dong Yoon Terperangkap Di Lautan Neraka Dalam Filem Terbaru “Project Wolf Hunting”

Kakimuvee

India Remake K-Drama Popular “Flower Of Evil”

Kakimuvee

Konspirasi Bertembung Dalam K-Drama Akan Datang “May It Please The Court”, Akan Debut Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Zulaikha

Lee Jung Jae Menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Di Hollywood Critics Association TV Awards

Zulaikha

Leave a Comment