Trivia

Deleted Scene THOR: RAGNAROK Paparkan Pertembungan Anak-Anak Odin & Hela Di Lokasi Berbeza

Views

Set Infinity Box sekali mendedahkan babak-babak dipotong dari filem-filem MCU, kali ini dari filem Thor: Ragnarok pula. Dalam babak yang dipotong kali ini, ia memaparkan pertembungan diantara Hela dan Thor serta Loki, sama seperti dalam filem asal, cuma lokasinya berbeza iaitu disebuah lorong yang terletak sebuah bandar.

Seperti biasa, babak yang dipotong ini tidak siap sepenuhnya, terutamanya dari segi kesan khas. Anda boleh saksikan babak dipotong ini menerusi perkongsian dibawah.

Diarahkan Taika Waititi, Thor: Ragnarok menyaksikan Thor telah dipenjarakan didunia lain selepas kehilangan Mjolnir yang dihancurkan oleh Hela. Thor hanya mempunyai masa yang cukup singkat untuk pergi ke Asgard bagi menghentikan Hela dari memusnahkan dunianya dan menamatkan tamadun Asgardian. Tetapi sebelum itu, Thor terpaksa melepasi pertandingan Gladiator yang dianjurkan oleh Grandmaster dengan menentang bekas sekutunya dalam Avengers, Hulk

Tinggalkan Balasan

shares