Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

‘Deleted Scene’ Shazam! Berikan Hint Tentang Kewujudan Black Adam

Dalam filem Shazam!, The Wizard ada menceritakan kepada Billy Batson mengenai seorang pahlawan zaman dahulu kala yang diangkat sebagai “Champion of Eternity”. Jelas sekali pahlawan yang dimaksudkan adalah Black Adam kerana dia merupakan pahlawan yang dipilih para ahli sihir tetapi telah menyalahgunakan kuasanya.

Petunjuk mengenai seteru Shazam itu sekali lagi ditunjukkan dalam filem Shazam!, kali ini menerusi ‘deleted scene’ filem tersebut yang telah tertiris dilaman Youtube.

Babak tersebut memaparkan, keluarga Shazam duduk di takhta masing-masing dalam markas mereka, Rock of Eternity. Kemudian Mary menunjukkan kearah takhta ketujuh yang tidak diduduki siapa – takhta milik Black Adam. Anda boleh tonton ‘deleted scene’ tersebut dipemain video dibawah.

Sebelum filem Shazam! ditayangkan kepada umum, Black Adam lakonan Dwayne Johnson dikhabarkan akan membuat penampilan ‘cameo’ dalam filem tersebut, namun khabar angin tersebut tidak tepat.

Black Adam bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi dan filem tersebut akan diarahkan Jaume Collet-Serra.

Diharapkan selepas filem Black Adam dihasilkan, Warner Bros. dan New Line mempunyai perancangan untuk menemukan kedua-dua watak komik DC itu dalam satu filem.

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Kakimuvee

Leave a Comment