Sebuah footage yang dipercayai babak yang dipotong dari filem Justice League telah bocor dilaman sosial. Dalam babak tersebut, ia menunjukan Alfred buat pertama kalinya bertemu dengan superhero-superhero Justice League.
“Deleted Scene” tersebut didedahkan oleh laman Twitter @JusticeLeagueES. beberapa jam yang lalu. Anda boleh tonton babak tersebut dibawah.
Babak tersebut dipercaya dipotong sebelum ia melalui proses post-production berdasarkan pada bentuk badan Cyborg yang masih belum melalui proses grafik komputer. Agak menarik sebenarnya melihat reaksi terkejut Alfred berjumpa dengan superhero Justice League dalam babak yang dipotong itu terutamanya apabila dia bertemu dengan The Flash.
Babak tersebut mungkin dipotong oleh Joss Whedon selepas Zack Snyder menarik diri dari mengarahkan filem Justice League disebabkan masalah peribadi. So apa pendapat korang melihat babak ini tiada dalam filem Justice League?
https://twitter.com/JusticeLeagueES/status/949052681800306688