Trivia

Deleted Scene INFINITY WAR Paparkan Vision Merobek Jantung Corvus Glaive

Views

Vision dianggap sebagai salah satu ahli Avengers terkuat berdasarkan sumbangannya dalam filem Avengers: Age of Ultron. Tetapi filem Avengers: Infinity War menyaksikan karakter android itu berubah menjadi lemah dan tidak berguna sehingga gagal membantu rakan-rakannya menghalang Thanos dari mendapatkan Infinity Stone.

Peminat rata-ratanya agak kecewa dengan kelemahan Vision dan mengkritik karakter lakonan Paul Bettany itu. Namun, kami percaya tanggapan anda terhadap Vision mungkin akan berubah selepas menonton ‘deleted scene’ Infinity War ini.

Babak yang tidak siap ini membawa penonton menyaksikan salah satu adegan pertarungan dalam filem Avengers: Infinity War, dimana Wanda dan Vision diserang oleh salah seorang anggota Black Order, iaitu Corvus Claive. Dalam babak tersebut, ia menyaksikan pertarungan yang berbeza dan ganas dari filem sebenar. Vision mudah menewaskan Claive dengan merobek jantung anak buah Thanos itu. Lebih menarik, wajah Corvus Glaive lagi menakutkan dari versi sebenar!

Delete scene ini boleh didapati dalam Infinity Saga Box Set dan turut memaparkan banyak babak-babak yang tidak pernah dipertontonkan kepada umum.

BACA:  Deleted Scene CAPTAIN MARVEL Dedahkan Fizikal Sebenar Supreme Intelligence

Anda boleh saksikan adegan Vision membunuh Corvus Glaive dibawah, dan kongsikan kepada kami pendapat anda mengenai delete scene ini.

Tinggalkan Balasan

shares